04 NOV hari ini aku di sini.. 1st time seumur hidup Bayar saman JPJ kat mahkamah. Ada 2 pertuduhan hakim baca : 1. Membenarkan pemandu sekian-sekian..... memandu kereta tanpa cukai jalan. 2. road tax kereta tamat tempoh..(hakim guna bahasa mahkamah sebenornya, tapi panjang la..aku pun tak jelas dia cakap apa sebab hakim pakai mask). That kereta lewat 2 hari dari tarikh kena renew...yg mana aku pun tak perasan..huhuhi..kata orang rezeki nak dapat surat cinta. Ini pun dah 2 kali tukar tarikh sebab surat mula2 aku tak tau boleh request dekat mahkamah tarikh yg kita boleh datang.. so aku req tarikh ni sbb cuti Deepavali so aku boleh set utk perjalanan jauh dan mintak cuti 1 hari
muhasabah:
Kadang kan kesilapan orang lain tapi kita kena tanggung, dan ko kena redha jugalah sebab dikira sama2 cuai. Aku yg duduk kat Melaka masa tu, tibe kena saman kat Kelantan. Cerito sobonar ey rombongan pelajar skolah incik somi bawa student ke Majlis konvo Huffaz Nusantara. 1 bas dan 1 team guru bawak kereta tu. Derang dah 3 hari berkampung kat sana
Kenangan sambut SELAMAT HARI TUA di tahun ini..
Bertolak balik dari jerteh lepas Zohor..Alhamdulillah 1.40 pagi sampai . sompek la den tido sblum pegi skolah 1M1S
Cikgu itu kerjaya aku
Kadang aku berkira-kira, Tentang masa, Berpagi-pagian ke tempat kerja.. kemudian pulang lewat petang, Balik ke rumah...namun masih memikul buku, kertas, labtop.. dlm fikiran sudah tersenarai kerja sekolah yg hendak disambung malam ini.. _rph (mahunya yg berciri 21st century) _ tugasan kumpulan seusai kursus _ listing murid 24 kelas utk data offline _ gubal soalan gerak gempur 1 _ kreasi worksheet utk kelas 3c esok _ xtvt utk murid linusku...yg masiih tegaaarrr.. etc..etc...etc... Lewat petang yg singkat itulah waktu tersisa, mengurus hal rumahtangga. .anak lapar mahu makan, bunga dilaman minta disiram, dapur menanti si tukang masak, baju diampai jangankan terbiar, pakaian seharian ke mesin dijunam, Anak ke masjid berjamaah di surau: bersiap2 harus diingatkan, buku sekolahnya kenalah diperiksa, homework ada atau buat2 lupa?.. sebelum tidur_gosok gigi pun nak diingatkan juga.. pakaian sekolah esok sudahkah tersedia? Botol airnya mana? J...

Comments
Post a Comment